Anuar Zain nyanyi sekadar lima lagu, apa sudah jadi?

0
185
Advertisement

Penyanyi Anuar Zain mempunyai alasan tersendiri apabila sekadar menyanyikan lima buah lagu ketika mengadakan konsert ‘Bunga Citra Lestari, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’.

Menurut Anuar, perkara itu dilakukan atas persetujuan yang dibuat bersama pihak penganjur konsert tersebut.

“Sebenarnya perkara itu telah dipersetujui dengan penganjur setelah mengambil kira waktu persembahan ketika konsert. 

“Bagi saya kalau saya menyanyi lebih banyak lagu tentunya waktu terpaksa dipanjangkan lagi kerana konsert ini melibatkan dua lagi artis lain.

“Sebagai seorang penghibur saya lebih pentingkan kualiti persembahan itu sendiri berbanding kuantiti lagu yang disampaikan.

“Mungkin selepas ini jika diberikan peluang mengadakan konsert lebih besar mungkin saya dapat menyanyikan lebih banyak lagu lagi,” katanya kepada Astro Gempak.

Anuar berkata demikian selepas selesai konsert Bunga Citra Lestari, Anuar Zain dan Yuka Kharisma Live In Concert di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini. – Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi/Foto: Google/Astro GEMPAK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here