Anzalna tak mahu jual…

0
566
Advertisement



PELAKON, Anzalna Nasir menerima tawaran ribuan ringgit daripada individu tertentu untuk membeli potret lukisan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Biarpun jumlah itu dianggap lumayan, Anzalna, 30, memberitahu dia memilih untuk menolak tawaran individu berkenaan.

“Saya tidak mahu jual lukisan itu kerana menghabiskan banyak masa untuk menyiapkannya.

“Tambahan pula, melukis potret bukan mudah dan perlu fokus,” katanya.

Bintang drama Arluna itu berkata ada individu turut menyatakan hasrat membeli lukisan Kaabah dan Makkah dikongsinya di Instagram pada harga tinggi.

“Saya juga tolak tawaran individu terbabit kerana rasa sayang untuk melepaskan hasil titik peluh.

“Mungkin suatu hari nanti barulah saya jual tiga lukisan berkenaan,” katanya.

Anzalna memberitahu dia kini berehat daripada melukis kerana sibuk dengan beberapa projek antaranya penggambaran iklan di luar negara.

“Cukuplah, setakat ini. Saya berjaya jual 12 lukisan dan hasilnya disalurkan kepada kebajikan.

“Saya juga dapat macam-macam permintaan seperti melukis kucing serta abstrak,” katanya.

Biarpun lukisannya mendapat sambutan, Anzalna berkata belum bersedia menganjurkan pameran karya seninya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here