Apa makna nama anak Siti Nurhaliza? Mufti Wilayah Persekutuan ada penjelasannya

0
150
Advertisement

PUTERI kesayangan pasangan Datuk Seri Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Siti Aafiyah akhirnya diperkenalkan secara rasmi pada malam tadi tapi tahukah anda apakah keistimewaan nama itu?
 
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menyatakan majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik yang diadakan pasangan selebriti itu cukup sempurna dengan pengisian selawat dan lagu-lagu pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
 
Beliau yang dijemput pada majlis itu turut memberi tazkirah mengenai anak sebagai anugerah daripada Allah SWT bersama pesanan dan panduan pada ibu bapa dalam mendidik anak mengikut ajaran Islam.
 
Dr Zulkifli juga menyatakan pengisian majlis malam tadi sewajarnya dijadikan contoh dan ikutan dalam kalangan umat Islam bagi meraikan kelahiran anak.  
“Pengertian ‘afiah dalam Islam luas cakupannya baik di dunia, mahupun di akhirat.
 
“Secara umumnya, ‘afiah adalah perlindungan Allah SWT bagi hamba-Nya daripada pelbagai penyakit dan bencana yang telah berlalu, mahupun akan datang, di dunia dan akhirat.
 
“Maka, orang yang mendapatkan kurnia ‘afiah, maka dia telah mendapat kebaikan yang sempurna,” katanya menerusi status di akaun Facebooknya.
 
Beliau juga berdoa agar Siti Aafiyah menjadi muslimah solehah yang dapat berbakti pada ibu bapa, keluarga, masyarakat, negara dan agama.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Facebook Mufti Wilayah Persekutuan
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here