'Apa perasaan Siti Aafiyah jadi anak Siti Nurhaliza?'

0
136
Advertisement
KUALA LUMPUR: Bayi paling popular di negara ketika ini, Siti Aafiyah Khalid dihujani pelbagai pertanyaan serta luahan perasaan yang memuji kecomelannya di pelbagai platform laman media sosial.

Posting terbaharu di laman Instagram (IG) penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memaparkan gambar Siti Aafiyah tertidur mendapat lebih 240,000 ‘likes’ dalam masa kurang satu jam dimuat naik pada petang Selasa.

Antara yang menarik adalah pertanyaan seorang pengguna laman itu, iamwedahmiad yang bertanya ‘Adik..acik nak tya..apa prsn jadik anak ct nurhaliza..adik jwb jujur taw..acik nak tahu dr hati adik ting tang ting.’

Netizen juga teruja dengan tidak putus-putus memuji Siti Aafiyah dengan panggilan ‘pipi merah’.

Siti dalam temu bual sebelum ini berkata, dia meletakkan harapan besar untuk melihat anak perempuannya membesar sebagai kanak-kanak biasa.

BACA: Siti Aafiyah Khalid, nama anak Siti Nurhaliza

Bahkan, pelantun lagu Jaga Dia Untukku itu turut mengakui tidak mahu terlalu mendedahkan puterinya itu dalam dunia selebriti.

Siti juga mengakui belum terfikir untuk mewujudkan akaun IG, Siti Aafiyah.

Bagaimanapun akaun bernama @aafiyahkhalid telah pun dihasilkan oleh anak ketiga Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa iaitu Asyraf Khalid.

Ia diakui Pengurus kepada Siti iaitu Rozi Abdul Razak.

Siti juga mencipta sejarah apabila menjadi selebriti tempatan pertama yang mempunyai aplikasi sendiri di telefon pintar.

BACA: Siti Nurhaliza cipta sejarah! Selebriti tempatan pertama ada aplikasi sendiri

BACA: ‘Menangis pun merdu’ – Video tangisan baby girl Siti raih hampir 1.2 juta tontonan

Beliau berkata, aplikasi Siti Nurhaliza Official App itu menggabungkan semua platform rasmi media sosial miliknya termasuk gambar dan video eksklusif.

Sebelum ini, video tangisan Siti Aafiyah di IG Siti dilapor meraih hampir 1.2 juta tontonan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here