Apakah Lau tidak percaya Pua, tanya Rizal

0
56



Pertikaman lidah antara pemimpin DAP dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor semakin meruncing apabila beliau kini menghalakan serangan ke atas ADUN Kampung Tunku dari DAP, Lau Weng San.

Sebagai membalas cabaran Lau berhubung butiran mengenai lawatan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke London antara 4 hingga 7 Mei yang lalu, Rizal berkata, Lau perlu meminta ahli Parlimen untuk mengajukan soalan sedemikian.

“Lau sebagai ADUN Selangor sepatutnya fokus kepada isu-isu di negeri Selangor. Mungkin di Selangor, Lau takde kerja nak buat. Sebab itu beliau ambil alih kerja-kerja ahli Parlimen.

“Adakah Lau tidak percaya Tony Pua selaku ahli Parlimen Petaling Jaya Utara atau mana-mana MP DAP yang lain untuk bertanya soalan tersebut di Parlimen.

“Atau apakah Lau tidak sabar untuk naik pangkat jadi ahli Parlimen dan bertukar kerusi dengan Pua untuk membolehkannya menjadi calon Menteri Besar Selangor,” sindir Rizal lagi di laman Facebooknya.

Soalan berkenaan perbelanjaan kerajaan Persekutuan seperti kos lawatan Rosmah, tegas Rizal, boleh diajukan oleh mana-mana ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Rizal berkata demikian sebagai menyahut cabaran Lau yang mahukan beliau mendedahkan butiran terperinci lawatan Rosmah ke London itu.

Lau berkata, pihaknya menyahut cabaran Rizal untuk mendedahkan kos dan butiran lawatan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amin Ali ke luar negara.

“Saya boleh bekalkan salinan jawapan bertulis sidang Dewan pertama tahun 2015 berkenaan dengan kos lawatan dan ekspedisi yang melibatkan portfolio pelaburan di bawah InvestSelangor bermula tahun 2004 hingga 2014.

“Pada masa yang sama, saya cabar Rizal untuk melakukan yang sama iaitu memberi butiran terperinci lawatan Rosmah ke London antara 4 hingga 7 Mei yang lalu,” kata Lau lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here