Apalah malang nasib burung merak ini, ada tiket namun tidak dibenarkan naik pesawat

0
114
Advertisement

CHICAGO: Cubaan seorang penumpang penerbangan United Airlines di Amerika Syarikat untuk membawa bersama seekor burung merak miliknya dalam penerbangan dari New Jersey ke Los Angeles gagal apabila syarikat penerbangan terbabit melarang burung berkenaan menaiki pesawat berkenaan atas  faktor kesihatan dan keselamatan.

Penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Ventiko merupakan seorang jurukamera dan artis seni persembahan yang berasal dari New York, mendakwa sudahpun membeli tiket untuk haiwan peliharaannya itu.

Namun haiwan itu tetap dilarang menaiki penerbangan berkenaan atas faktor kesihatan dan keselamatan.

Jurucakap United Airlines Andrea Hiller berkata burung merak tersebut tidak memenuhi garis panduan had saiz dan berat, malah perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada Ventiko sebanyak tiga kali sebelum dia tiba di lapangan terbang.

Syarikat penerbangan tersebut juga menjelaskan bahawa penumpang perlu menyediakan dokumentasi yang sahih daripada pegawai kesihatan profesional sekurang–kurangnya 48 jam sebelum berlepas.

Sementara itu, sebuah rancangan televisyen tempatan melaporkan bahawa ini bukan kali pertama wanita itu cuba untuk membawa bersama binatang peliharaannya menaiki pesawat.

Dalam cubaannya sebelum ini, wang wanita itu dikembalikan, malah syarikat penerbangan turut membayar tambang teksi ke hotel penginapan burung merak dan tuannya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here