Apapun terjadi abah sayang anak-anak sampai nafas terakhir – Zul 2by2

0
179
Advertisement

STATUS terbaharu komposer, Zul 2by2 seolah-olah menjadi tanda tanya apabila dia meluahkan rasa sayangnya terhadap lima orang anaknya di media sosial.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zul telah berkongsi gambar bersama anak-anaknya dengan kapsyen yang penuh tanda tanya.

“Kau mawarku, juwita kalbu. Inilah rangkai nyawa ku. Lampu hati Beta. Mereka adalah segalanya dan apapun terjadi Abah sayang anak-anak Abah sampai nafas terakhir. Sayang mereka semua,” tulisnya.

Rata-rata peminat mendoakan agar Zul tabah menempuhi dugaan ini dan berharap supaya dia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segera.

“@are_inn: Moga segalanya baik-baik saje. Moga kekal hubungan kasih sayang smpai bila-bila. Amin.”

“@kamacaliff: Alhamdulillah Zul. Keep steady ya. Kita doa yang baik-baik.”

“@haaaii02_: Semoga keluarga ini bersatu lagi seperti biasa. Amin”.

Sebelum ini timbul khabar angin kononnya rumah tangga penyanyi Isma (AF7) dan komposer Zul 2 By 2 sedang berhadapan masalah.

Berita kekeruhan rumah tangga Zul dan Isma sebelum ini pernah diperkatakan apabila timbul isu kononnya Zul berkahwin lain dan ia dinafikan oleh komposer tersebut.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 16 April 1998 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merlynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here