Apendiks pecah, jangkitan kuman dan paru-paru berair, Ayu Raudhah masuk wad

0
59
Advertisement

PELAKON Ayu Raudhah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta ekoran masalah apendiks yang sudah pecah, jangkitan kuman dan paru-baru berair.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, kos rawatan Ayu sepanjang 11 hari di pusat perubatan itu mencecah RM50,000.

“Apendiks pecah, jangkitan kuman pada paru-paru dan paru-paru berair, ditahan di wad selama 11 hari dan menjalani dua kali pembedahan.

“Bil rawatan mencecah RM50,000,” kongsi Ayu yang menyarankan peminatnya mengambil insurans kesihatan.

Disebabkan pembedahan penyakitnya, Ayu berkongsi rasa terkilan tidak boleh memberikan susu badan kepada bayinya, Laura Zuleykha, 7 bulan.

“Syukur Alhamdulillah saya sudah semakin pulih tetapi yang paling sedih sudah tak boleh menyusu badan Laura sebab masih mengambil antibiotik.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya, semoga kita semua diberikan kesihatan yang terbaik,” tulisnya.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here