Apple kini bernilai AS$1 trilion

0
67
Advertisement

APPLE menjadi syarikat awam pertama dunia yang dinilai pada AS$1 trilion, selepas sahamnya melonjak 2.9 peratus pada Khamis.

Syarikat pengeluar peranti itu melepasi penanda aras berkenaan apabila sahamnya didagang pada AS$207.39 ketika sesi tengahari di New York.

Pengarah Urusan MND Partners, Timothy Anderson menyifatkan pencapaian itu sebagai satu kejayaan besar.

“Jadi hari ini Apple telah menjadi syarikat yang pertama didagangkan dengan modal mencecah AS$1 trilion. Itu merupakan satu kejayaan besar,” katanya.

Ini satu pencapaian yang tidak diduga pada 1997 apabila Apple hampir diisytiharkan muflis.

Ketika itu sahamnya hanya bernilai kurang daripada AS$1.

Apple berkembang dari hanya menjadi syarikat pengeluar komputer peribadi Mac kepada pencetus revolusi peranti menerusi telefon pintarnya, iPhone.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here