Ara AF2016 kemalangan, alami gegaran di kepala

0
18

FINALIS Akademi Fantasia 2016 (AF 2016), Ara Johari terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Ara memberitahu dia bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius, hanya gegaran di kepala dan sedikit lebam.

Bagaimanapun dia sedikit sedih kerana perlu membaiki banyak kerosakan pada keretanya.

Penyanyi “Warkah Untukmu” itu turut menasihati pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu kerana jalan raya licin ketika musim hujan.

“Terima kasih yang mendoakan , Kami xde ape ape kecederaan serious , cuma gegaran di kepala dan sedikit lebam . Tapi Alhamdulillah semua okay .

Cuma kereta memang banyak kena repairĀ 

Saya redha dengan dugaan Nya .

In Shaa Allah akan ada kebaikan di sebalik dugaan yang Dia bagi .

Kepada semua , tolong berhati hati sebab sekarang jalan tengah licin , sebab musim hujan .
And jangan drive laju laju”

Peminat Ara turut mendoakan agar penyanyi itu supaya segera sembuh dan segala urusan berjalan lancar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here