Arab Saudi benar panggilan telefon guna internet

0
38

RIYADH: Arab Saudi pada Rabu membenarkan panggilan telefon yang dibuat menerusi sambungan internet berkuatkuasa Khamis, lapor agensi berita berita China Xinhua.

Jurucakap Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat Adel Abuhameed berkata, semua aplikasi yang menyediakan perkhidmatan panggilan visual dan audio termasuk FaceTime, Snapchat, Skype, Telegram dan Tango yang mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan, tidak akan disekat. 

Pembekal rangkaian telekomunikasi seharusnya bergantung kepada perkhidmatan internet dan perkhidmatan tambahan lain untuk menjana pendapatan, tambah Abuhameed.

Beliau juga berjanji kerajaan akan terus komited untuk menyediakan kemudahan komunikasi yang lebih mudah kepada pengguna.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here