Arab Saudi nafi larang rakyat Qatar tunai umrah

0
211
Advertisement



Jeddah: Majlis Hal Ehwal Dua Masjid Suci semalam menolak laporan kononnya jemaah dari Qatar dilarang menunaikan umrah.

Kenyataan yang dikeluarkan majlis berkenaan menyatakan, laporan yang tersebar di media sosial mengenai jemaah Qatar dilarang memasuki Masjidilharam adalah palsu.

“Sejak 4 Jun lalu, Arab Saudi menerima kedatangan 1,633 jemaah dari Qatar yang datang untuk menunaikan umrah,” menurut kenyataan itu.

Majlis berkenaan mengeluarkan kenyataan itu selepas peningkatan berita palsu yang tersebar di media sosial mendakwa keputusan Saudi memutuskan hubungan dengan Doha menjejaskan jemaah dari Qatar.

Menurutnya, jemaah Qatar itu tidak dikenakan sebarang sekatan untuk mengerjakan ibadah di Masjidilharam.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Arab Saudi juga mengumumkan talian khas untuk membantu mereka yang mempunyai anggota keluarga warga Qatar.

Agensi Berita Saudi memetik satu sumber rasmi sebagai berkata, Raja Salman mengeluarkan arahan supaya keluarga yang mempunyai rakyat Qatar tidak terjejas berikutan tindakan Riyadh dan negara sekutunya memutuskan hubungan dengan Doha.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here