Arab Saudi rampas aset AS$100 bilion dalam siasatan kes rasuah

0
73
Advertisement

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi akan merampas harta bernilai lebih daripada AS$100 bilion daripada golongan putera-putra raja, usahawan dan pegawai rasmi negara yang ditahan dalam kes pembanterasan rasuah, ujar Peguam Negara Sheikh Saud Al-Mujib pada Selasa.

Pengumuman itu disifatkan sebagai kemenangan politik bagi Putera Mahkota Mohammed Salman yang melancarkan kempen membanteras tersebut pada November lalu.

Berpuluh-puluh pegawai tertinggi kerajaan dan usahawan telah ditahan dalam operasi berkenaan, dengan ramai antara mereka ditahan dan disiasat di Hotel Ritz-Carlton.

Lebih daripada 100 yang lain dipercayai sudah dibebaskan.

Putera Alwaleed Talal, iaitu bilionair yang memiliki syarikat pelaburan global Kingdom Holding, dan Waleed al-Ibrahim, yang mengawal syarikat penyiaran MBC, telah dibebaskan minggu lalu.

“Penyelesaian kewangan itu dianggarkan mencecah lebih daripada 400 bilion Riyals yang diperoleh dalam pelbagai bentuk aset termasuk hartanah, entiti komersial, jaminan keselamatan, wang tunai dan aset-aset lain,” ujar Sheikh Saud dalam satu kenyataan.

Jumlah besar itu, jika berjaya didapatkan, akan menjadi suntikan kewangan untuk kerajaan, yang kini terjejas akibat kejatuhan harga minyak.

Defisit negara itu pada tahun ini dijangka sekitar 195 bilion Riyal.

Secara keseluruhan, 381 orang telah disapina dalam siasatan kes rasuah itu, dengan sebahagian telah memberi keterangan dan menyerahkan bukti. Sementara itu, 56 orang telah mencapai penyelesaian dan masih dalam tahanan.

Kerajaan Arab Saudi secara amnya tidak mendedahkan butiran dakwaan ke atas para tahanan dan urusan penyelesaian mereka.

Hal itu mengaburkan lagi tentang nilai rasuah sebenar yang disiasat dalam kes tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here