Arahan 'maut' kapten bot itik

0
469
Advertisement



SEORANG wanita India yang kehilangan sembilan anggota keluarga termasuk suami dan anak dalam tragedi ‘bot itik’ karam di Missouri berkata, kapten bot berkenaan memberitahu penumpang untuk tidak memakai jaket keselamatan.

Tia Coleman memberitahu stesen televisyen Indianapolis, daripada semua 11 anggota keluarganya, hanya dia dan anak saudaranya terselamat dalam tragedi itu.

Ketika kejadian Khamis lalu, keluarga itu dikatakan menaiki kenderaan amfibia berkenaan sebelum ia dipukul ribut dan tenggelam di tasik Table Lake berhampiran Branson, Missouri yang mengorbankan 17 daripada 31 penumpangnya.

“Saya kehilangan anak-anak saya, suami, ibu mentua, bapa mentua, bapa saudara, kakak ipar dan anak saudara lelaki. Ia cukup berat,” kata Coleman kepada Fox 59.

Coleman berkata, mendiang suaminya pasti mahu dunia tahu ketika mereka berada di tasik, kapten bot berkenaan memberitahu penumpang untuk tidak memakai jaket keselamatan, tindakan yang menyebabkan berpuluh-puluh orang terkorban.

Kapten bot berkenaan adalah antara 14 yang terselamat, tujuh daripadanya cedera dengan seorang daripadanya parah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here