Ardell enggan komen…

0
521
Advertisement



“SAYA minta maaf. Buat masa ini saya tak dapat nak jawab mana-mana pertanyaan,” kata pelakon, Ardell Aryana yang dikhabarkan menderita penyakit kanser tahap tiga.

Ardell ketika dihubungi memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya.

“Terima kasih atas doa diberikan. InsyaAllah semua akan kembali baik,” katanya ringkas.

Ardell sebelum ini dikatakan sedang menghidap kanser tahap tiga.

Lebih menguatkan spekulasi itu apabila Ardell memuat naik video bergerak dengan kerusi roda yang disorong oleh ibunya, dua hari lalu.

Rata-rata netizen berasa terkejut dengan keadaannya berkerusi roda, mendoakan agar pelakon itu segera sembuh.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Julai 2018 @ 5:27 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here