Argentina macam tak bersemangat…

0
11
Advertisement



BRONNITSY (Russia): Lionel Messi dan Argentina memerlukan kebangkitan yang pantas selepas terhimpit dengan pertelingkahan Israel-Palestin susulan pembatalan perlawanan pemanas badan menjelang Piala Dunia selain mengharungi kempen kelayakan kurang memberangsangkan.

Perlawanan menentang Israel yang dijadual semalam di Baitulmuqaddis dibatalkan Selasa lalu berikutan kempen yang dijalankan Palestin selepas lokasinya diubah dari bandar di utara, Haifa.

Warga Palestin sudah pun berang dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang memindahkan kedutaan negara berkenaan dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis, pada Mei lalu sekali gus mencetus protes di Gaza yang mengakibatkan lebih sedozen rakyat Palestin dibunuh.

Persiapan Argentina ke Russia 2018 yang mungkin menjadi penampilan terakhir tonggaknya, Messi di Piala Dunia turut diganggu dengan kecederaan apabila kehilangan khidmat pemain tengah West Ham, Manuel Lanzini.

Begitupun di sebalik segala gangguan, pegawai rasmi pasukan Argentina, Omar Souto memuji kem pasukan itu di Bronnitsy yang terletak kira-kira 50 kilometer di selatan Moscow selepas ketibaan mereka, semalam.

“Saya sudah melalui lima Piala Dunia dan ini adalah kem pusat yang terbaik,” kata Souto kepada AFP. “Ia mempunyai segala-galanya, biliknya amat selesa, staf kejurulatihan juga mempunyai tempat masing-masing. Tidak ada tempat seperti ini bagi pasukan kebangsaan.”

Argentina mengalami kekalahan memilukan pada kempen sebelum ini di Brazil 2014 apabila tewas 0-1 di final kepada Jerman diikuti dua kekalahan di final Copa America kedua-duanya kepada Chile pada 2015 dan 2016.

Masalah mereka berterusan pada kempen kelayakan ke Russia dengan peletakan jawatan jurulatih, Edgardo Bauza yang menyaksikan Jorge Sampaoli dilantik dan menjalankan pelan kecemasan pada Mei lalu.

Tidak seperti kebanyakan pasukan lain, Argentina yang diundi dalam Kumpulan D bersama Iceland, Croatia dan Nigeria kurang mendapat perlawanan persahabatan dengan kemenangan 4-0 ke atas Haiti pada bulan lalu adalah yang terakhir buat mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here