Argentina paling ramai pemain berusia  

0
142
Advertisement



ENZO Perez yang dipanggil untuk bersama skuad Argentina pada saat akhir, menjadikan negara itu sebagai pasukan yang membariskan pemain paling berusia buat kali kedua berturut-turut di Piala Dunia dengan purata umur 29 tahun, enam bulan dan 24 hari.

Pemain tengah River Plate berusia 32 tahun itu terbang ke Russia selepas Manuel Lanzini, 25, mengalami kecederaan lutut menyaksikan Argentina mengatasi Costa Rica dalam senarai skuad yang membariskan paling ramai pemain berusia.

Argentina turut membawa gelaran itu ketika beraksi di Brazil empat tahun lalu ketika mereka muncul naib juara selepas tewas kepada Jerman dengan purata umur 28 tahun, 11 bulan enam hari.

Pada usia 36 tahun penjaga gol Chelsea, Willy Caballero adalah pemain paling berpengalaman dalam pasukan, dua tahun lebih berusia daripada Javier Mascherano manakala Giovani Lo Celso dan Cristian Pavon adalah pemain paling muda dalam skuad Argentina, masing-masing berusia 22 tahun.

Skuad dari Amerika Latin, Mexico dan Panama juga menjadi negara ketiga dan keempat membariskan pemain berusia manakala Brazil berkedudukan tempat kelapan daripada 32 pasukan.

Sementara itu, Nigeria yang akan bertemu Argentina dalam perlawanan Kumpulan D pula adalah pasukan dibarisi pemain muda dengan purata umur pemain 25 tahun 11 bulan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here