Ariana Grande kembali ke Manchester Ahad ini

0
61


GAMBAR fail diambil pada 20 November, tahun lalu, penyanyi pop Amerika Syarikat, Ariana Grande tiba pada majlis American Music Awards 2016 di Los Angeles, California. – Foto AFP

LONDON: Penyanyi pop Amerika Syarikat, Ariana Grande akan kembali ke Manchester, Ahad ini untuk mengadakan konsert bagi memperingati mangsa serangan pengebom nekad ketika persembahannya di Manchester Arena, minggu lalu.

Pegawai serantanya berkata, konsert Grande itu akan disertai penyanyi Justin Bieber, Coldplay, Katy Perry, Miley Cyrus, Pharrell Williams, Usher dan kumpulan Take That.

Grande turut menawarkan tiga tiket percuma kepada peminatnya yang menghadiri konsertnya di Manchester Arena, sebelum ini yang dicemari insiden bom yang mengorbankan 22 mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here