AS akan tarik balik larangan bawa komputer riba

0
9


ANKARA: Ketua Eksekutif Turkish Airlines, Bilal Eksi menjangkakan larangan membawa peralatan elektronik dalam penerbangan pesawat Amerika Syarikat (AS) dari beberapa negara ditarik balik esok.

“Kami jangka larangan peralatan elektronik dalam pesawat AS ditarik balik esok,” kata Bilal menerusi laman Twitter lewat Isnin tanpa memberi butiran lanjut.

Pada Mac lalu, Washington mengeluarkan larangan terhadap semua jenis peralatan elektronik lebih besar daripada telefon bimbit dalam penerbangan terus ke AS dari 10 lapangan terbang di Turki, Asia Barat dan Afrika Utara, kecuali ia dimasukkan ke bahagian bagasi.

Penerbangan rasmi Turkish Airlines bertindak balas terhadap larangan dengan menyediakan kemudahan komputer riba kepada penumpang kelas perniagaan pada Mei lalu.

Pada Ahad lalu, AS menarik balik larangan kepada penumpang Etihad Airways yang membawa peranti itu dari pangkalannya di ibu negara Abu Dhabi, iaitu syarikat pertama yang manfaatkan penarikan balik larangan berkenaan. AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here