AS benar bawa peranti elektronik

0
54


AMMAN: Syarikat penerbangan Royal Jordanian Airlines memperoleh pengecualian terhadap larangan membawa komputer riba dan peranti berkomputer daripada Amerika Syarikat (AS) ke atas penumpang yang menaiki penerbangan itu.

Pengumuman mengenai pengecualian itu dibuat selepas AS mengeluarkan larangan itu ke atas penerbangan dari 10 lapangan terbang di lapan negara Asia Barat, Afrika Utara dan Turki, lebih tiga bulan lalu.

Ketua Eksekutif Royal Jordanian, Stefan Pichler dalam satu kenyataan berkata, langkah keselamatan yang ketat dilaksanakan bagi memenuhi piawaian garis panduan keselamatan baharu Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS.

“Kami amat gembira kerana semua penumpang kami kini boleh menaiki penerbangan sambil menggunakan peranti elektronik masing-masing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ratu Alia,” katanya.

Selain syarikat penerbangan rasmi Jordan itu, turut menerima pengecualian berkenaan ialah Etihad, Emirates, Turkish Airlines dan Qatar Airways.

Larangan dikenakan AS itu turut membabitkan penerbangan dari Mesir, Maghribi dan Arab Saudi.

Syarikat penerbangan utama Arab Saudi, Saudia berkata, mereka berharap larangan ke atas negara itu akan dimansuhkan menjelang atau sebelum 19 Julai.

Sementara itu AS berkata, ia akan dimansuhkan jika syarikat penerbangan melaksanakan kaedah keselamatan baharu. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here