AS dedah rakaman pesawat Rusia terbang dalam keadaan tak selamat

0
89
Advertisement

AMERIKA SYARIKAT menuduh Moscow melakukan tindakan provokasi apabila jet Rusia dilihat terbang dalam jarak lima kaki dari pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat di Laut Hitam.

Tentera Laut Amerika Syarikat mengeluarkan satu rakaman video empat saat menunjukkan pesawat SU-27 Rusia berada hampir pada pesawat pengawasan Aries EP-3 Aries.

Pengarah media digital tentera laut, Jason Kelly dalam satu kenyataan memberitahu pesawat Rusia itu berada dalam jarak lima kaki dari pesawat Amerika, menyebabkan pesawat Amerika terpaksa terbang dalam pergolakan awan.

Amerika Syarikat memandang serius kejadian itu.

Negara itu sudah beberapa kali menyuarakan kebimbangan mengenai beberapa insiden pertembungan pesawat AS dan Rusia di ruang udara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here