AS gantung syarikat Turki

0
61


NEW YORK: Berpuluh-puluh syarikat Turki dilarang menjalankan perniagaan dengan Amerika Syarikat (AS) kerana didapati terbabit rasuah dan mengaut keuntungan daripada program kemanusiaan di Syria.

Pejabat Ketua Polis Negara (OIG) Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) berkata, penggantungan itu membabitkan syarikat milik Orhan Senkardes, Senkardes Co dan 10 rangkaian gabungan.

Syarikat terbabit membekalkan makanan kanak-kanak, keperluan lain dan perkhidmatan penghantaran untuk program kemanusiaan kepada USAID di Syria.

Keputusan itu dibuat berdasarkan siasatan dua tahun merangkumi rangkaian rasuah, penipuan, tipuan bidaan dan sogokan.

Difahamkan, penggantungan itu dibuat untuk tempoh lima tahun.

Tahun lalu, OIG mendedahkan rangkaian rasuah membabitkan pembekal komersial, pekerja pertubuhan bukan kerajaan dan pihak lain yang beroperasi di Turki.

Penipuan paling biasa yang dikesan adalah pakatan sulit antara syarikat menjual bekalan kemanusiaan dan kakitangan USAID serta rakan kongsi tempatan, yang menerima rasuah atau sogokan sebagai pertukaran untuk membantu mereka mendapatkan kontrak. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here