AS ikrar tingkatkan sekatan ke atas Korea Utara

0
77


WASHINGTON: Amerika Syarikat, semalam berjanji meningkatkan sekatan bagi memaksa Korea Utara menyambung semula dialog berhubung program nuklearnya, tetapi menegaskan tidak berhasrat menumbangkan rejim Kim Jong-Un.

Ketua Pemerintah Pasifik, Laksamana Harry Harris memberi keterangan sebelum perbincangan Jawatankuasa Angkatan Bersenjata Tempatan pada “Penilaian Tentera Cabaran Keselamatan di Indo-Asia-Pasifik” di Capitol Hill di Washington, Amerika Syarikat, semalam. – Foto REUTERS

Selepas memberi taklimat kepada senator di Rumah Putih, pegawai atasan AS berkata Presiden Donald Trump mahu menggunakan langkah diplomatik dan sekatan baru untuk menekan Kim.

“Beliau menyasarkan untuk menekan Korea Utara supaya menghentikan program nuklear, peluru berpandu balistik dan pertambahan dengan mengetatkan sekatan ekonomi dan meneruskan langkah diplomatik dengan sekutu dan rakan serantau.

“Kami menggesa komuniti antarabangsa yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tekanan ke atas Korea Utara dalam usaha meyakinkan rejim untuk bertenang dan kembali ke meja rundingan,” menurut kenyataan Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis; Setiausaha Negara, Rex Tillerson dan Pengarah Perisikan Kebangsaan, Dan Coats.

Terdahulu, Ketua Pemerintah Pasifik, Laksamana Harry Harris, menyambut baik usaha Beijing mengurangkan ketegangan antara Pyongyang dan Washington, dan menyatakan penyelesaian tidak membabitkan ketenteraan masih menjadi pilihan.

“Dalam berhadapan dengan rejim Korea Utara, penting untuk kita didorong rasa ingin segera menyelesaikan konflik, secara peribadi atau umum, dengan langkah diplomatik atau ketenteraan.

“Semua pilihan terbentang. Kita mahukan Kim Jong-Un supaya sedar, bukan menjatuhkannya,” kata Harris. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here