AS mungkin larang komputer riba dalam pesawat

0
64


AS mungkin larang penggunaan komputer riba dalam pesawat. – Foto hiasan

WASHINGTON: Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, John Kelly, menimbang untuk mengharamkan komputer riba dalam penerbangan antarabangsa ketika wujud tanda-tanda negara itu berdepan ancaman sebenar.

Ditanya Fox News sama ada beliau akan melaksanakan larangan meluas itu, Kelly berkata: “Mungkin.”

Katanya wujud pelbagai ancaman sebenar terhadap penerbangan.

Menurutnya, pengganas taksub dengan idea menjatuhkan pesawat dalam penerbangan, terutamanya penerbangan Amerika Syarikat. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here