AS rancang ujian THAAD tangani Korea Utara

0
12


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merancang melakukan ujian baharu terhadap sistem pertahanan Terminal High Altitude Area Defense (THAAD) balistik jarak jauh.

Pegawai AS berkata, langkah itu diambil berikutan ketegangan dengan Korea Utara yang kian memuncak.

Beliau berkata, pelancaran peluru berpandu balikstik antara benua (ICBM) oleh Korea Utara pada 4 Julai lalu meningkatkan kebimbangan terhadap ancaman daripada negara terbabit.

Seorang pegawai yang enggan dikenali berkata, ujian THAAD itu adalah yang pertama seumpamanya untuk pertahanan terhadap serangan spontan peluru berpandu balistik jarak sederhana (IRBM) dan ia bakal dilancarkan dari Alaska.

AS mempunyai sistem pemintas THAAD di Guam, bertujuan untuk membantu menangkis serangan peluru berpandu dari negara seperti Korea Utara.

Agensi Pertahanan Peluru Berpandu AS ketika ditanya mengenai perkara itu, mengesahkan merancang untuk melakukan ujian THAAD pada awal bulan ini. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here