AS sahkan Korea Utara buat ujian ICBM

0
29


REX Tillerson. – Foto AFP

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson mengesahkan Korea Utara buat pertama kalinya melancar ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

“Amerika Syarikat mengutuk tindakan Korea Utara itu. Tindakan negara itu mengadakan ujian ICBM mencetuskan ancaman baharu kepada Amerika Syarikat, sekutu dan rakan kami, rantau dan dunia, ” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, katanya, AS ‘tidak akan menerima Korea Utara, sebuah negara yang mempunyai senjata nuklear’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here