AS sahkan Pyongyang lancar roket jarak dekat

0
46


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengesahkan Korea Utara melancar satu lagi ujian peluru berpandu balistik.

Pusat Arahan Pasifik AS (PACOM) berkata, peluru berpandu jarak dekat, dilancar berhampiran Lapangan Terbang Wonsan, dikesan selama enam minit sebelum mendarat di Laut Jepun.

Ia tidak dianggap satu ancaman kepada Amerika Utara. Pusat arahan itu berkata, ia sedang menyediakan penilaian lebih lengkap berhubung pelancaran peluru berpandu terbabit.

“Kami terus memantau tindakan Korea Utara dengan lebih rapat. Pusat Arahan Pasifik AS terus dengan komitmen mempertahankan keselamatan sekutu kami di Republik Korea dan Jepun,” katanya.

Korea Utara menjalankan dua ujian peluru berpandu nuklear dan berpuluh roket sejak awal tahun lalu. -AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here