AS sekat dana bantuan kepada UNRWA

0
106
Advertisement

WASHINGTON: Amerika Syarikat umum sekat hampir separuh daripada AS$125 juta dana yang diberikan kepada agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNRWA) untuk Palestin.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Heather Nauert memaklumkan Washington hanya akan memberikan AS$60 juta kepada agensi itu, manakala selebihnya akan disekat untuk pertimbangan lanjut.

Keputusan ini dipercayai ada kaitan dengan kenyataan Presiden Donald Trump sebelum ini, yang mahu memotong dana bantuan sekiranya Palestin menolak perjanjian damai dengan Israel.

Hampir 30 peratus daripada dana operasi agensi bantuan itu disumbangkan Amerika.

Perkembangan terbaru ini adalah reaksi Amerika kepada kritikan Presiden Palestin, yang enggan menerima sebarang perjanjian damai selepas negara Uncle Sam itu iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Mahmoud mendakwa pengiktirafan itu mengancam perjanjian damai seperti yang dipersetujui menerusi Perjanjian Oslo pada 1994.

Trump sebelum ini mendakwa kemurahan hati Amerika memberi bantuan, tidak menerima balasan setimpal.

Pegawai kanan White House dalam pada itu memaklumkan UNRWA diminta menilai semula kaedah operasi dananya.

Ini kerana sudah tiba masanya negara-negara kaya lain turut sama membantu memberikan dana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here