AS sekat komander Myanmar

0
227
Advertisement



WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat mengenakan sekatan punitif ke atas empat komander tentera Myanmar dan dua unit ketenteraan semalam.

Ia menuduh mereka melanggar hak asasi manusia serius dan pembersihan etnik dalam mengusir secara ganas penduduk Islam Rohingya dari rumah mereka.

Komander dan pengawal sempadan Aung Kyaw Zaw, Khin Maung Soe, Khin Hlaing, dan Thura San Lwin dituduh mengetuai kempen ganas terhadap Rohingya di Rakhine selain minoriti di negeri Kachin dan Shan.

“Pasukan keselamatan Myanmar terbabit dalam kempen ganas terhadap komuniti etnik minoriti seluruh negara itu termasuk pembersihan etnik, pembunuhan beramai-ramai, serangan seksual, pembunuhan luar batasan dan pelanggaran hak asasi manusia lain yang serius,” kata Setiausaha Rendah bagi Perisikan Keganasan dan Kewangan di Perbendaharaan AS, Sigal Mandelker.

Perbendaharaan AS berkata, sekatan terhadap individu bertindak sebagai amaran kepada pasukan keselamatan untuk menghentikan pencabulan etnik dan minoriti agama dan menghormati hak mereka.

Sekatan itu, yang bertujuan mengeluarkan nama mereka daripada rangkaian komersil dan kewangan serta membekukan sebarang aset mereka di luar negara, dikenakan menurut Akta Akauntabiliti Hak Asasi Manusia Global Magnitsky, undang-undang AS yang pada asalnya mensasarkan Russia tetapi kini diperluaskan untuk menghukum pencabul hak asasi manusia seluruh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here