ASEAN berdepan kadar tinggi campur tangan industri tembakau

0
8

HANOI: Brunei menduduki tempat teratas Indeks Campur Tangan Industri Tembakau diikuti Filipina kerana memiliki rekod yang baik dari segi pelaksanaan Perkara 5.3 Kerangka Kerja Pengendalian Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) oleh ASEAN, menurut Southeast Asia Tobacco Control Alliance (SEATCA).

Bagaimanapun, kedua-dua negara tidak mencapai kemajuan dalam memperkasa pelaksanaan Perkara 5.3, lapor Agensi Berita Vietnam.

Indeks itu, yang keempat dalam siri ini, adalah satu laporan yang menjejaki tindakan kerajaan dalam melindungi polisi kesihatan mereka daripada campur tangan industri tembakau.

Laporan itu menyebut Vietnam telah melakukan penambahbaikan marginal namun masih menunjukkan campur tangan industri di peringkat tinggi, manakala Malaysia dan Myanmar menunjukkan campur tangan industri yang lebih besar.

FCTC WHO telah diguna pakai oleh Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada 21 Mei 2003 dan telah berkuat kuasa dua tahun kemudian. 

Perkara 3 hingga 5 menetapkan objektif, prinsip yang menjadi pedoman dan kewajipan umum yang diterapkan oleh perjanjian.

WHO menganggarkan bahawa merokok adalah punca tujuh juta kematian setiap tahun.

— BERNAMA

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here