Askar tembak mati wanita hamil lima bulan kerana 'berebut daging babi'

0
63
Advertisement

CARACAS: Pihak berkuasa Venezuela menahan askar Pengawal Kebangsaan hujung minggu lalu atas tuduhan menembak seorang wanita berusia 18 tahun yang sedang hamil dalam insiden yang digambarkan media tempatan sebagai ‘pergaduhan yang tercetus kerana kekurangan bekalan daging babi’.

Alexandra Colopoy yang hamil lima bulan, ditembak mati oleh Sarjan Pertama David Rebolledo, menurut satu tweet oleh pendakwa raya negeri pada Ahad. Tiada maklumat lanjut diberikan, tetapi pengkritik kerajaan berhaluan kiri menggelarkan kejadian itu sebagai satu contoh yang jelas kepada krisis ekonomi meruncing yang dialami negara berkenaan.

Media tempatan melaporkan suami Colopoy dan beberapa orang lagi saksi memberitahu sepasukan askar tiba di kawasan miskin di Caracas itu untuk membeli daging babi, dalam keadaan mabuk.

“Rebolledo ‘naik gila’ dan mula melepaskan tembakan. Isteri dan abang saya ditembak, tetapi abang saya selamat dan sedang dirawat,” kata suami Colopoy, Bernabé dalam satu temuramah yang kini rancak dikongsi di laman sosial.

Pendakwaraya Tarek Saab mengutuk insiden itu.

“Venezuela menjamin kehormatan dan amalan hak asasi manusia, serta hukuman bagi mereka yang melanggarnya,” katanya.

Rusuhan akibat kekurangan bekalan makanan, khususnya di hadapan pasar raya semakin kerap berlaku di Venezuela. Negara itu mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk sejak empat tahun lalu. Berjuta-juta penduduk tidak menerima kenaikan gaji yang banyak menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan makanan yang cukup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here