Asma dirogol, dicekik hingga mati dan ditinggalkan di ladang tebu

0
120
Advertisement

SEORANG kanak-kanak perempuan empat tahun menjadi mangsa rogol selain dicekik hingga mati terbaharu di Mardan, barat laut Pakistan.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Asma itu ditemui di ladang tebu pada Ahad di daerah Jandarpar Gujjar Garhi, Mardan sehari selepas kanak-kanak malang itu dilaporkan hilang.

“Saya telah melihat laporan bedah siasat kanak-kanak itu dan jelas bahawa Asma telah dirogol sebelum dicekik hingga mati,” kata Datuk Bandar Himayatullah Mayar kepada portal Al Jazeera pada hari Rabu.

Kanak-kanak itu berasal dari keluarga yang miskin selain bapanya merupakan pekerja buruh di Arab Saudi.

Ketika diculik, Asma sedang bermain di luar rumahnya.

Doktor juga memberitahu media tempatan bahawa kanak-kanak itu telah dirogol.

Polis mengesahkan bahawa kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kesesakan dan sedang menyiasat dakwaan rogol.

“Menurut laporan forensik, gadis itu mengalami kekerasan.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh mengesahkan jika dia telah dirogol atau tidak sehingga kami mendapat laporan lengkap,” kata pegawai polis daerah Mian Saeed kepada media tempatan.

Ketua Polis Khyber Pakhtunkhwa, Salahuddin Mehsud pada satu sidang media mengesahkan mengenai kejadian itu.

Baru-baru ini, insiden sama berlaku ke atas seorang kanak-kanak tujuh tahun, Zainab Ansari yang membangkitkan kemarahan masyarakat yang tidak senang mengenai kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak.

Mayat Zainab ditemui dalam timbunan sampah Selasa lalu dengan tanda-tanda mangsa dirogol, dicekik hingga mati sebelum jasadnya yang tidak lagi bernyawa dihumban dalam timbunan sampah.

Zainab Ansari hilang ketika dalam perjalanan mengaji al-Quran. Mayatnya ditemui dua kilometer daripada rumahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here