Asri Hamidon dilantik Pengerusi baharu 1MDB

0
70
Advertisement

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengumumkan Datuk Asri Hamidon dilantik sebagai pengerusi baharu syarikat berkuat kuasa 25 Jun, 2018.

Asri kini juga merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang bertanggungjawab terhadap pelaburan kerajaan.

Selain itu, 1MDB turut membentuk Jawatankuasa Eksekutif (Exco) baharu dengan anggotanya terdiri daripada Datuk Mohammad Faiz Azmi, Datin Rashidah Mohd Sies dan Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kementerian itu berkata, jawatankuasa tersebut diberi amanah oleh lembaga pengarah untuk menguruskan operasi harian syarikat. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here