Asri seru pendamaian, tapi terus salahkan Hindraf

0
53



Selepas kontroversi tulisannya yang menyinggung perasaan sesetengah penganut Hindu dan akvitis, Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata hari ini meminta pihak berkaitan berdamai.

“Saya memohon kepada penganut kedua agama Islam dan Hindu, agar mengambil jalan pendamaian dan keharmonian dalam isu yang panas mutakhir ini,” katanya.

Katanya, sebagai rakyat Malaysia yang hidup bawah satu lambang negara yang sama, kedamaian dan keharmonian wajib dikekalkan antara kaum

Beliau juga mengakui isu Zakir Naik telah “menegangkan hubungan antara kita” tetapi tetap menyalahkan Hindraf dalam isu itu.

“Puisi saya juga telah digunakan oleh mereka dalam kesempatan ini. Ini apabila mereka cuba memberikan maksud yang salah kepada puisi saya.

“Padahal dalam puisi terang menyebut ‘di benua sana’ iaitu merujuk kepada negara India pada masa ini,” katanya.

[Berita penuh menyusul]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here