Astro menang Anugerah Transformer Digital di Malaysia

0
166
Advertisement

ASTRO Malaysia Holdings Berhad (Astro) dinobatkan pemenang Anugerah Transformer Digital di Malaysia oleh International Data Corporation (IDC) Asia/Pacific yang julung kali mengadakan Anugerah Transformasi Digital (IDC DX) tahun ini.

Anugerah IDC DX mengiktiraf syarikat yang berjaya menempa kejayaan cemerlang dalam inisiatif transformasi digital di seluruh rantau Asia Pasifik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro (CEO) Datuk Rohana Rozhan berkata, dalam menuju penciptaan semula, Astro melalui perubahan menerusi platform digital, atas talian dan telefon bimbitnya, dan pada masa sama, ia kekal fokus pada perkhidmatan asasnya sebagai syarikat berfokuskan pengguna.

“Permintaan dari isi rumah masih kukuh sejak 20 tahun yang lalu, dan kini kami memberi perkhidmatan kepada 72% isi rumah di Malaysia.

“Sambil terus membangunkan perkhidmatan asas ini, aspirasi kami adalah untuk mejadi tumpuan utama setiap isi rumah dan individu di Malaysia dan di rantau ini,” katanya.

Jelas Rohana, Astro kini astro kini sedang menambah baik keupayaannya dalam pembangunan perisian, kecerdasan buatan (AI) dan e-dagang.

Astro ketika ini mengendalikan lebih 40 jenama digital menerusi laman web dan aplikasinya, yang mencapai lebih 7 juta pengguna unik setiap bulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here