Astro meterai MoU bersama SmartStudy Seoul

0
460
Advertisement

KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) menandatangani usaha sama strategik bersama syarikat hiburan global yang berpangkalan di Seoul, SmartStudy bagi watak animasi terkemuka termasuk Pinkfong dan Baby Shark.

Usaha sama strategik itu melibatkan pelbagai bidang termasuk perdangangan dan pelesenan serta acara utama di Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Astro mempunyai pangkalan peminat yang kukuh terdiri daripada kanak-kanak dan ibu bapa menerusi program asal kami.

“Pinkfong akan menyertai senarai watak menarik seperti Didi & Friends, jenama prasekolah nombor satu Malaysia, Cam & Leon dan animasi muzik dan keimanan, Omar & Hana,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Hasil kerjasama Astro dan SmartStudy ini juga akan membawa Pinkfong ke Malaysia.

Persembahan muzikal Pinkfong Baby akan berlangsung dari 8 hingga 16 Sept di KLCC. Muzikal 65 minit itu akan menampilkan Baby Shark dan pelakon serta krew asal dari Korea Selatan.

Dalam pada itu, bagi anda yang berminat unuk mendapatkan barangan ekslusif Pinkfong, anda boleh dapatkan menerusi platform beli-belah dalam talian Astro melalui pautan ini, www.goshop.com.my/pinkfong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here