Asyik kena gugur saja – Shiqin

0
492
Advertisement



PELAKON, Shiqin Kamal mengakui sangat kecewa dan terkilan kerana namanya seolah-olah disenarai hitam pihak stesen televisyen swasta, sejak dua tahun lalu.

Menurut pemilik nama sebenar, Nur Ashiqin Mohd Kamal, 27, dalam tempoh itu, dia juga tidak dapat sebarang tawaran berlakon daripada stesen televisyen terbabit.

“Saya dapat tahu nama disenai hitam dari pihak produksi drama sendiri.

“Setiap kali, pihak produksi drama mencadangkan nama saya, pihak pengurusan stesen TV itu akan menggugurkan nama saya dari senarai pelakon,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut pelakon menempa nama dalam filem Lagenda Budak Setan dan Di Larang Masuk, dia tidak pernah menimbulkan masalah dengan pihak stesen TV terbabit sebelum ini.

“Saya banyak berlakon dalam drama untuk stesen TV terbabit sebelum ini dan sepanjang pengetahuan, tidak pernah menimbulkan masalah termasuk disiplin dan sebagainya.

“Cuma jika pihak stesen TV itu menilai dari segi jumlah pengikut saya di laman instagram, saya akur ia tidaklah sebanyak jumlah pengikut bakat baru yang mewarnai bidang seni ketika ini,” katanya.

Bagaimanapun, kata Shiqin, dia sedia berbincang dengan pihak pengurusan stesen TV terbabit untuk menyelesaikan perkara itu.

“Saya sangat berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera kerana saya mahu kembali berlakon dengan stesen TV terbabit.

“Saya juga sudah kembali berlakon selepas menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 2014.

“Namun, sayangnya, tawaran berlakon tidak sebanyak pada zaman awal pembabitan dalam bidang lakonan dulu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here