Asyik tidur, gelandangan nyaris lemas tertimbus sampah

0
10

PHILADELPHIA: Seorang lelaki gelandangan yang asyik tidur di dalam sebuah tong sampah berjaya diselamatkan pihak bomba Philadelphia daripada lemas tertimbus sampah yang sedang diangkut masuk.

Dalam insiden sekitar 6 pagi itu, lelaki berkenaan dipercayai tertidur dalam sebuah tong sampah besar sebelum sebuah lori sampah memunggahnya dengan menggunakan mesin untuk memadatkan sampah berkenaan.

Pihak bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan lelaki berkenaan.

Dia kemudian dikejarkan ke hospital Temple University untuk mendapatkan rawatan dan dikatakan berada dalam keadaan kritikal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here