Atilia ketepikan penerbitan album, demi ayah

0
19

PENYANYI Atilia mengakui terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan album terbaharunya selepas berdepan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Menurut Atilia, dia harus ketepikan seketika pembikinan album ketiga selepas keadaan kesihatan ayahnya yang mendapat serangan jantung.

“Saya terpaksa untuk ketepikan pembikinan album dan fokus kepada ayah selepas mengetahui dia terkena serangan jantung pada tahun lalu.

“Perkara itu membantutkan proses rakaman sekaligus memberi kesan kepada keseluruhan proses rakaman dan adunan album yang memuatkan 9 trek ini.

“Waktu itu proses sudah hampir separuh disiapkan. Selama 3 hingga 4 bulan juga saya meluangkan masa dengan ayah.

“Alhamdulillah sekarang keadaan ayah semakin sihat dan album saya pun berjaya disiapkan walaupun mengambil masa yang agak lama untuk dilancarkan,” katanya kepada Astro Gempak.

Atilia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album, Atilia No 3, di Alexis, Great Eastern Mall, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here