Atlet 4x400m Sukan SEA 2017 ini rupanya finalis ratu cantik Malaysia!

0
14

TEMASYA Sukan SEA ke-29 (KL2017) secara rasminya berlangsung pada 19 Ogos hingga 30 Ogos ini dan setakat ini (sehingga jam 10 malam) Malaysia sudah pun memungut 24 pingat emas, 19 perak dan 15 gangsa.

Sejak KL2017 bermula, salah seorang atlet negara iaitu Tana atau nama sebenarnya Tanalaksiumy Mahenthiran Rayer tiba-tiba menjadi perhatian.

Atlet berusia 22 tahun itu bakal mewakili negara dalam acara  4×400 meter pada Sukan SEA kali ini.

Patutlah ramai netizen yang bercakap tentang Tana, rupa-rupanya atlet jelita dan tinggi lampai ini merupakan finalis Miss Universe Malaysia 2017.

Tana juga merupakan seorang pelajar jurusan akauntan! Wow! Inilah yang dikatakan ‘beauty with brain’. Kalau nak tahu, atlet 4×400 meter kita ini juga suka menyanyi, menari dan berlakon!

Nampaknya selepas ini ramailah jejaka-jejaka di luar sana melekat di hadapan TV menonton sukan olahraga!

Tana bakal beraksi pada 22 Ogos ini bersama-sama rakan sepasukannya. Ayuh kita sama-sama mendoakan kejayaan buat pasukan negara.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here