Australia hantar 30 askar ke Afghanistan

0
50


MENTERI Pertahanan Australia, HE Senator Marise Payne

SYDNEY: Australia akan menghantar tambahan 30 anggotanya untuk menyertai misi bantuan dan latihan diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan.

Menteri Pertahanan Marise Payne berkata hari ini, tambahan anggota itu menjadikan jumlah penghantaran askarnya di sana seramai 300 orang.

NATO memohon lebih banyak anggota bulan lalu ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mempertimbangkan untuk meluaskan operasi kepada beberapa ribu orang, sempena 16 tahun perang mengusir Taliban dan militan Islam lain.

Australia bukan anggota NATO namun sekutu rapat AS dan menempatkan anggotanya di Afghanistan sejak 2002.

“Tambahan anggota (Pasukan Pertahanan Australia) akan membolehkan Australia komited untuk membangunkan keupayaan jangka panjang pasukan keselamatan Afghanistan, sebagai sebahagian misi latihan, nasihat dan bantuan,” kata Payne kepada jawatankuasa Senat.

Tentera NATO kini berjumlah 15,000 orang termasuk 8,400 askar AS. -Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here