PDRM arah forum Dr Zakir Naik di UTeM dibatalkan

Program bersama tokoh pendakwah terkenal Dr Zakir Naik anjuran UTeM yang akan diadakan pada 17 April ini akan dibatalkan ekoran dari arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar membuat kenyataan tersebut melalui akaun sosial Twitter miliknya beberapa jam yang lepas. UTeM yang akan menganjurkan forum yang bertajuk … Read morePDRM arah forum Dr Zakir Naik di UTeM dibatalkan

CEO Baru Proton Edar Sdn Bhd

Ekoran dari perletakan jawatan oleh Norzahid Mohd Zahudi, Proton Holdings Bhd dengan serta merta telah melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru untuk Proton Edar Sdn Bhd (PESB) iaitu Rohime Shafie. CEO PROTON, Datuk Ahmad Fuaad berkata, beliau amat mengalu-alukan Rohime yang juga bekas Ketua Pegawai Kewangan Proton ke lembaga pengarah syarikat itu. Dengan 28 tahun … Read moreCEO Baru Proton Edar Sdn Bhd

Rayani Air Umum Operasi digantung Sementara

Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia mengumumkan operasi diberhentikan sementara berkuatkuasa serta merta.  Ravi Alagendrran, pemilik syarikat tersebut memberitahu penggantungan operasi tersebut dikuatkuasa serta merta sehingga tempoh yang akan diberitahu semula. Ini membolehkan mereka meneliti semula rancangan penstrukturan perkhidmatan mereka. “Kami akan menyambung semula operasi seperti biasa setelah penstrukturan selesai dijalankan” tambahnya lagi. Pemilik … Read moreRayani Air Umum Operasi digantung Sementara

Maxis Naiktaraf MaxisOne Plan Setelah Dikritik Hebat

Maxis telah mengumumkan akan menaiktaraf automatik pelan semasa MaxisOne Plan menerusi penggunaan quota pengguna mereka dalam masa terdekat berikutan mendapat kritikan hebat netizen dalam laman social facebook baru-baru ini. Gambar viral di laman social Facebook itu  membandingkan Maxis dan syarikat telco lain dari segi kontrak, lebihan quota, dan harga. Jelas ternyata Maxis tidak memberikan sebarang … Read moreMaxis Naiktaraf MaxisOne Plan Setelah Dikritik Hebat

Lee Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Malaysia 2016

Datuk Lee Chong Wei meneruskan misi dan harapan negara apabila menundukkan pemain Denmark, Viktor Axelsen pada suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Shah Alam hari ini. Perlawanan yang berlangsung selama 40 minit itu membuahkan hasil apabila Lee Chong Wei dapat menjinakkan pihak lawan dengan keputusan perlawanan straight set 21-14, 21-13. Pemain yang bakal bertemu … Read moreLee Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Malaysia 2016

Mr. Os Pelakon Komedi Popular Meninggal Dunia

Mr.Os atau Mohd Yusof Abdul Hamid, pelakon serta pelawak komedi popular telah disahkan meninggal dunia pada pukul 2:15 hari ini ( 8 April ). Jenazah dikatakan akan dikebumikan di Selayang. Anak perempuan arwah sendiri telah mengesahkan pemergian arwah kira kira 30 minit lalu di laman sosial Facebook miliknya, “Husna Yusof”. Arwah pernah menggondol gelaran Pelakon … Read moreMr. Os Pelakon Komedi Popular Meninggal Dunia

UTeM peneraju Akademi Internet of Things (IOT) Samsung

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM ) telah dipilih sebagai peneraju utama bagi penubuhan Akademi Internet of Things (IOT) dengan kerjasama Samsung. Ini menjadikan UTeM institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di negara ini dan juga di rantau Asia untuk program sebegini. [youtube src=”2Ki2XN5lpOA”][/youtube] Kerjasama pintar antara UTeM dan Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd ini amat diharapkan … Read moreUTeM peneraju Akademi Internet of Things (IOT) Samsung

Ranking FIFA Malaysia terburuk dalam sejarah

Ranking Malaysia dalam FIFA jatuh lagi ke tahap terburuk dalam sejarah bola sepak negara. Malaysia mendapat tempat ke 174 ( 7 April 2016 ) daripada 209 buah negara menerusi ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa itu. Pada awal tahun ini Malaysia berada pada kedudukan 172 sebelum naik lima anak tangga menjadikan ranking 166 pada bulan … Read moreRanking FIFA Malaysia terburuk dalam sejarah

Skim MyDeposit : 70% Pembeli Rumah Mendapat Faedah

Pemaju hartanah Mah Sing Group Bhd menjangkakan akan mendapat manfaat secara terus melalui program Skim Rumah Pertama Pembiayaan Deposit (MyDeposit) yang telah dilancarkan di Putrajaya hari ini ( 7 April ). Hal ini kerana kira-kira 70% daripada pembeli rumah pertama mereka adalah pembeli yang berumur di bawah 40 . Dalam satu kenyataan menyambut baik pelaksanaan … Read moreSkim MyDeposit : 70% Pembeli Rumah Mendapat Faedah

Calon Presiden Brazil maut pesawat terhempas

[ad_1] SANTOS: Calon presiden Brazil, Eduardo Campos maut apabila jet yang dinaikinya untuk berkempen terhempas dipercayai akibat cuaca buruk di kawasan perumahan di Bandaraya Santos, dengan semua tujuh di dalam pesawat turut terbunuh. Campos, calon sosialis berusia 49 tahun, kini menduduki tangga ketiga dalam tinjauan suara pilihan raya yang bermula Oktober ini. Campos dalam perjalanan … Read moreCalon Presiden Brazil maut pesawat terhempas

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Sudah Mula Beroperasi

Sistem menangkap had laju dan melanggar lampu isyarat, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudah mula beroperasi malam tadi (Sabtu). Sistem ini telah diletakkan di 14 kawasan ‘panas’ untuk fasa pertama. 14 kawasan yang terlibat yang telah dipasang termasuklah beberapa kawasan di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan 10 daripada kamera tersebut dengan tujuan menangkap had … Read moreSistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Sudah Mula Beroperasi

Derma Rahim Untuk Bantu Wanita Bermasalah Dibolehkan Dalam Islam

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menjelaskan bahawa pemindahan rahim daripada seorang wanita kepada wanita lain yang bermasalah melalui proses pendermaan organ adalah dibenarkan dan tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam. Hukum bagi menderma rahim bagi yang memerlukan adalah harus, namun ketiadaan organ peranakan itu  akan menjejaskan nyawa seseorang wanita. Jadi, terdapat syarat yang penting … Read moreDerma Rahim Untuk Bantu Wanita Bermasalah Dibolehkan Dalam Islam