"Awak dah rosakkannya!" – Elton John maki peminat ketika konsert

0
57
Advertisement

BENGANG disentuh, penyanyi terkemuka Elton John memaki hamun peminat yang berada di atas pentas ketika persembahan konsert di Las Vegas.

Penyanyi yang digelar “Rocket Man” itu sedang mempersembahkan lagu “Saturday Night’s Alright” apabila beberapa peminat bertuah dijemput ke atas pentas untuk mengiringinya.

Namun ketika peminat mengelilingi piano, ada di antara mereka cuba menyentuh Elton, lapor mirror.co.uk.

Elton John yang ketika itu sedang menyanyi sambil bermain piano terus meninggalkan pentas sambil mulutnya dilihat terkumat-kamit mengungkap makian terhadap peminat terbabit.

Pentas terpaksa dikosongkan sebelum Elton kembali membuat persembahan.

“Jangan naik lagi ke atas pentas ketika Saturday Night. Awak dah rosakkannya.”

Menurut saksi, peminat yang cuba menyentuhnya bukan hanya diarahkan turun dari pentas, malah turut dipaksa keluar dari bangunan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here