Awal & Scha 'shopping' sakan

0
82



Kesibukan kerja sepanjang Ramadan lalu memaksa Papa membeli-belah pada saat akhir. Seperti biasa lokasi tumpuan Papa adalah di sebuah gedung kain ternama di Kuala Lumpur.

Dalam pada Papa sibuk mencari persalinan raya, Papa ternampak pasangan suami isteri popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya di situ.

Kelihatan mereka teruja mencari baju raya. Papa perasan agak lama juga mereka di situ. Menariknya mereka saling membantu mencari baju dan warna sesuai. Cara mereka tak ubah seperti orang biasa juga yang ‘shopping’ sakan.

Walaupun sesak dengan orang ramai, Awal dan Scha tetap selamba. Malah Papa nampak mereka sempat melayan peminat yang ingin bergambar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Julai 2017 @ 9:53 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here