Axiata dijangka rugi RM151.5 juta susulan pencairan pegangan saham Idea

0
71
Advertisement

KUALA LUMPUR: Langkah pencairan saham Axiata Group Bhd dalam syarikat sekutunya, Idea Cellular Ltd (Idea) berikutan tidak terbabit dalam tindakan Idea menerbitkan 326.63 juta saham-saham ekuiti baharu, dijangka menyebabkan Axiata berdepan kerugian kira-kira RM151.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018.

“Berikutan (Axiata) tidak terlibat, peruntukan saham-saham Idea berasaskan keutamaan kepada beberapa entiti telah menyebabkan pencairan pegangan Axiata dalam Idea daripada 19.7 peratus kepada 18.1 peratus,” kata Axiata dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, pada Selasa.

Idea yang merupakan pengendali perkhidmatan tanpa wayar ketiga terbesar di India, adalah syarikat sekutu Axiata menerusi Axiata Investments 1 (India) Ltd dan Axiata Investments 2 (India) Ltd.

Kesemua saham baharu itu mempunyai nilai muka 10 rupee India seunit pada harga terbitan 99.50 rupee bagi sesaham Idea dengan agregat kepada 32.5 bilion rupee (100 rupees = RM6.142) pada asas keutamaan kepada beberapa entiti di bawah terbitan keutamaan saham Idea kepada National Stock Exchange of India Limited.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here