"Ayah puncanya Bunkface berduet Dengan Jeffrydin" – Sam

0
55
Advertisement

VOKALIS kumpulan Bunkface, Sam mengakui tujuan mereka memilih penyanyi pop yeh yeh Datuk Jeffrydin untuk berduet dalam single terbaharu, disebabkan oleh bapanya.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 31 tahujn berkata , pemilihan itu dilakukan kerana ingin memberikan kelainan dalam single mereka bertajuk Apa Pun Tak Boleh dalam masa terdekat ini.

“Mesti ramai yang terkejut kenapa kami memilih Jeffrydin dalam single terbaharu ini kerana bagi kami dia merupakan penyanyi pop yeh yeh yang serba boleh.

“Jeffrydin mempunyai teknik tarian dalam genre itu yang menarik perhatian kami untuk berduet bersama-sama dan dia mampu menarik minat peminatnya utuk mendengar lagu ini.

“Selain itu, sebab utama saya memilih Jeffydin kerana ayah saya suka dan dia juga merupakan peminat lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Jeffydin sejak dulu lagi.

“Tujuan kami nak kolaborasi dengan Jeffrydin juga disebabkan ingin menarik peminat lama dan lagu itu juga ada menampilkan Caprice yang mewakili peminat baru,” katanya kepada Astro Gempak.

Sam berkata demikian ketika ditemui ketika majlis sidang media Raikan Hari Lahir Boboiboy di Pejabat Kemajuan Negeri Perak, Oasis Ara Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Bunkface bakal menghiburkan peminat sempena meraihkan hari lahir animasi bersiri, Boboiboy pada 24 Mac depan di Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh.

Sepanjang cuti sekolah bermula dari 17 hingga 25 Mac depan pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan oleh MAPS untuk para pengunjung selain persembahan daripada artis terkenal, Ruffedge, Altimet, Joe Flizzow dan Sonaone.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here