Ayah Yuna buat kejutan di majlis resepsi!

0
63
Advertisement

PUTRAJAYA: Penyanyi Yuna dan pasangannya Adam Sinclair mengadakan majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini malam tadi.

Bertemakan ‘garden wedding’, majlis resepsi tersebut dihadiri oleh kira-kira 1,500 tetamu yang  terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan dari kedua-dua keluarga mempelai.

Bak puteri raja Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Datuk Mat Zara’ai memukau hadirin dengan gaun putih dan puteranya Adam segak dengan berbaju Melayu dan tanjak.

 

Majlis resepsi ini turut dimeriahkan dengan kejutan oleh ayah Yuna, Datuk Mat Zara’ai apabila beliau mendendangkan hadirin dengan lagu ‘Perfect’ yang pernah dipopularkan oleh Ed Sheeran. 

Turut membuat persembahan ialah Noh dan kumpulan Hujan, Aizat Amdan dan selebriti  popular Indonesia, Bunga Citra Lestari. Turut memeriahkan majlis ialah penyanyi antarabangsa Dez Duron yang pernah menjadi peserta program realiti, The Voice.
 
Kedua-dua mempelai ini memilih busana yang direka khas oleh Hatta Dolmat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Rakan-rakan artis yang hadir  termasuk penyanyi Hunny Madu dan penyanyi rap, Sona One.

Majlis pernikahan pasangan Ini berlangsung Jumaat lalu di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Pasangan ini mula menjalin kasih selepas bertemu di sebuah set penggambaran di ibu negara dua tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here