Azmin, Hassan Marican, Sukhdave ahli lembaga pengarah Khazanah baharu

0
40
Advertisement

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Dr Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin dilantik sebagai pengarah syarikat dana pelaburan strategik negara itu, berkuat kuasa serta-merta.

Pelantikan Pengarah Urusan Khazanah akan diumumkan kemudian, menurut kenyataan tersebut.

Sembilan ahli lembaga pengarah Khazanah, termasuk Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Tan Md Nor Md Yusof, meletakkan jawatan untuk membolehkan kerajaan baharu memutuskan kepimpinan baharu syarikat itu. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here