BA batal lebih 100 penerbangan di Heathrow

0
46


LONDON: Beribu-ribu pelancong terus berdepan keadaan huru-hara hari ini selepas British Airways (BA) membatalkan lebih 100 penerbangan dari Lapangan Terbang Heathrow di sini berikutan kegagalan sistem teknologi maklumat (IT).

Kira-kira satu perempat penerbangan yang dijadual berlepas hari ini dari lapangan terbang utama di ibu kota sebelum jam 4 petang (waktu tempatan) dibatalkan apabila syarikat penerbangan itu berdepan masalah komputer membabitkan jadual penerbangan.

BA berkata, ia berharap dapat menjalankan operasi penerbangan hampir normal dari Gatwick, lapangan terbang utama lain di sini, dan majoriti daripada perkhidmatan di Heathrow.

Semakin banyak penerbangan mula meninggalkan Heathrow, namun ia beroperasi dengan kelewatan.

Pengembara turut berdepan penerbangan yang ditunda di Gatwick, namun tiada penerbangan dibatalkan.

Semalam, BA membatalkan semua penerbangannya di dua lapangan terbang utama itu selepas berdepan masalah IT.

Menurut Pengerusi dan Ketua Eksekutifnya Alex Cruz , ia tidak kelihatan seperti serangan siber, sebaliknya ia berpunca daripada ‘isu bekalan kuasa.’ – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here