Baby Genius!- Gelaran pengikut IG untuk anak kembar Dr. Sheikh Muszaphar

0
28

ANAK kembar angkasawan negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menjadi perhatian pengikut Instagram (IG)nya.
 
Bayi kembar lelaki yang diberi nama Sheikh Adam dan Sheikh Noah itu dilahirkan pada 27 Julai lalu.
 
Gelagat dan kecomelan kembar itu sememangnya mencuit hati pengikut IGnya.
 
Selain itu, Dr. Sheikh juga turut berkongsi beberapa tips penjagaan menerusi kapsyen di beberapa foto yang dimuat naik menerusi IG.

BACA: Sheikh Muszaphar dapat bayi kembar, kongsi tarikh lahir sama

BACA: Sheikh Adam dan Sheikh Noah nama anak kembar Dr Sheikh Muszaphar

Disebabkan perkongsian itu, rata-rata pengikutnya memuji Dr.Sheikh yang bijak menguruskan anak-anaknya.
 
Malah, mereka juga turut memberi gelaran ‘baby genius’ kepada Adam dan Noah.
 
“Tahniah dapat anak kembar. Semoga menjadi anak-anak pintar dan beriman serta taat kepada kedua orang tua mereka, Amin, Ya Rabb,” – @jimennasir.
 
“Alahai pandainya dia @drsheikhmuszaphar,” – @isma.riza.3
 
“Amboi dia, budak genius tu, dah macam model,”  – @iamcutewhat
 
“Alahai comelnya dia, pandai betul dia pose. Baby genius ni,” – @yunniiloww

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here